Friday, November 2, 2012

november









Ahlan wasahlan november. 
tolong beri saya lebih kekuatan. 
bukalah hati saya untuk kebaikan.
 jauhilah saya dari keburukan. aminn..

inshaAllah :)



Tuesday, October 30, 2012

sebentar






apa yang kita mahu, tak semuanya dapat
apa yang kita ada tak selamanya kekal.
kembalilah kepada Allah dan minta kepadaNya
semoga kita hidup diatas keredhaan dan kerahmatannya..

Assalamualaikum



Saturday, October 27, 2012

pergi

hidupku suram. nyawaku ku seakan padam
separuh jiwaku pergi tak kembali
adakah ini petanda? tapi petanda apa?
aku sendiri keliru. keliru dengan jasad sendiri
diriku tidak dapat dikawal dengan perasaan
otak buntu. hatiku hancur.
aku mahu pergi. pergi jauh dari realiti
izinku aku mencari haluan sendiri
jangan kongkong. jangan halang. 
biarkan aku pergi
mereka tidak memerlukan aku. 
aku hanya jasad yang tidak berguna kepada semua
kadang dipandang seperti sampah
aku yakin dengan perasaan aku yang penipu ni
tidak terima kenyataan dunia
ye aku degil.
tapi aku ada SEBAB
biarlah. semua pergi! pergi tinggalkan aku. PERGI!!!!!!!


:'(



Wednesday, October 24, 2012

susah

aku terpaksa
walaupun aku tak rela
walaupun aku merana
aku terpaksa menipu diri sendiri
aku terpaksa meninggikan keegoanku
hatiku memberontak setiap hari
menangis setiap malam
tapi aku terpaksa. ye TERPAKSA
susahkan jadi aku?
aku tau. takpe aku yang rasa.
dunia ini tidak adil. tapi aku terima
kerana Allah ada
mungkin ini terbaik cuma aku belum nampak
aku hanya mampu menunggu
menunggu titik nokhtah.
walaupun sekarang aku pasrah



hadi mus'ab


my only baby, muhammad hadi mus'ab
cepat baik sayang. hady kuat
cepatla keluar dari wad tu. maksu rindu :(

Ya Allah sesunggunhnya Engkaulah maha berkuasa, Engkaulah maha mengasihani
sembuhkanlah insan yang tidak berdosa ini Ya Allah. 

Amin..




wajah

kehadapan wajah,
tidak kah engkau sedar kesombonganmu?
tidak kah engkau sedar akan keegoanmu?
dan tidak kah engkau sedar miripmu seperti orang tuaku?

oh tidak!
wajah itu aku. diri aku yang melambangkan peribadiku.
kesombonganku bukan kerana rela.
tapi terpaksa. untuk lari dari lelaki durjana.
keegoanku tidak dipinta .
tetapi untuk jauh daripada duka
wajahku ibubapaku
aku bersyukur kepadaMu di atas kurniaan itu



Saturday, September 29, 2012

youtubers

hello and goodevening fellas. tiba tiba nak tulis blog about someone. dia kawan aty, ZACK.  dia seorang youtubers yang berbakat dalam lakonan, menyanyi dan macam macam la. banyak bakat terpendam dia. antara video yang aty suka. GENERASI SEKARANG. serious korang pun kena tengok kalau nak tengok hebat ke tak hebat dia berlakon dan menari! eh! hehe. kalau nak tengok, klik ni, generasi sekarang :D
kalau nak lebih mengenali zack. klik link bawah ni :)

youtube channel : zackmerican
facebook : zack merican
twitter : zack_merican

mesti tertanya tanya kan kenapa merican? ha aty pun tanya dia terus bila kenal dulu. and dia kata tu family name dia. memang ada merican. tapi kalau nak tau lebih lanjut. follow twitter and facebook and subscribes youtube channel dia. haa! simple as you eat! :p




penangan novel

hati berbisik jiwa merisik
akal berfikir mulut berkata
adakah engkau dikurniakan untuk aku?
bukan peneman hidup
tetapi peneman duka lara.

kenapa kau melirik ke arah ku?
sedangkan aku sedang memerhatikanmu
gerak langkahmu memukau separuh jiwaku
matamu, bibirmu, langkahmu.. oh pria! kau buat aku jatuh
jatuh ke atas khayalan dunia

ketulusanmu kejujuranmu membuatku tertawan
keihlasanmu merebahkanku
kasih sayangmu membutakan ku
oh tidak.! aku dihanyut dengan dunia khayalan!

nukilan :aty mariam



haha. yeah. kenapa aty merepek dengan konon entah apa yang ditulis tu? ha semua salah buku yang bertajuk  'awek chuck taylor' ni. cerita ni memang sumpah awesome. hari ni, dimana sepatutnya aty mentelaah di minggu study week,,tapi aty dah buang masa untuk habiskan baca buku ni.actually buku ni postman hantar tengahari tadi masa aty sibuk mengemas bilik. kawan aty from jb yang postkan. ohh thank you so much nad! :) cerita ni pasal cintan cintun jugak la. tapi brutal sikit. haha. tapi ending nya sedih.

korang yangnak try baca boleh la dapatkan buku di pasaran. di..err aty pun taktau ada jual dekat mana. tapi kalau nak baca jugak, boleh la jumpa aty untuk pinjam. tiada sebarang caj yang dikenakan :p

okay la. selamat malam. bye. assalamualaikum :)



Wednesday, September 26, 2012

rahsia

hye hello! :)

selamat pagi dan salam hari rabu! 
apa aktiviti hari ni? ouh lupa awak semua bersekolah dan bekerja. aty je cuti. :p
pagi ni aty nak cerita pasal rahsia. kali ni malas nak bermadah ke apa. haha
okay sekarang ni, sebab aty buat blog sejak4 ke 5 tahun lepas aty lupa..
tapi sebab nya adalah aty nak share cerita and orang baca penulisan aty yang.
tapi kenapa ramai orang salah tafsir?
orang ada yang cakap.

"eleh aty tu benda macam tu pui, sikit sikit nak tulis dekat blog"
"ada masalah sikit nak cerita dekat blog"
"beli barang baru sikit nak cerita dekat blog. nak menunjuk la tu"
"buat apa hari ni pun nak tulis dekat blog"

haa mesti ramai yang buat andaian macam tu kan. sebab kawan depan mata aty pun ada cakap -.-
korang boleh faham tak tulis blog ni habit?
macam mana korang online fb la twitter la, 9gag la. apa apa la. 
ha macam tu la aty. tapi kalau takda idea aty tak update
nak menulis ni bukan saje2. salah tulis orang pertikaikan. macam KES DULU tu. ah malas nak ingat.!

korang semua jangan fikir la yang semua benda aty tulis dekat blog. tak.! sumpah tak
banyak benda banyak rahsia yang aty simpan aty pendam. orang taktau
tak pun hanya orang terdekat je yang tau. kalau semua bnda nak cerita
memang meletup la blog aty ni tak muat
apa la korang ni. jangan senang senang la nak buat andaian.
boleh tak?

takpela setiap manusia tak lari dari kesilapan. aty maafkan. 

korang semua take care. bye. Assalamualaikum :)


Tuesday, September 25, 2012

tidak sempurna

siapa diri aku? aku manusia. aku ada harga. aku ada jiwa. aku tiada harta
tapi aku tidak buta untuk melanggar arus dunia.
siapa kata aku sempurna? tidak. tidak sama sekali
siapa kata aku baik? tidak sebaik sesucinya Nabi Muhammad 
cantik? juga tidak. aku dikalangan manusia yang hanya ada rupa.
rupa yang sempurna dikurniakan oleh Allah. semua boleh berfungsi dengan sempurna.
terima kasih Ya Allah.

perasaan? ye aku juga ada perasaan. sedih,kecewa,marah,seronok,sebak.. 
ye sebak tu selalu ada dalam diri aku. 
tapi satu perasaan ni memang peneman harian. tau apa dia? 'PENDAM'
yeah. tau sebab pendam boleh hancurkan perasaan sendiri. makan diri
tapi apa boleh buat. itu je cara untuk semua benda nampak indah. 
raut muka pun indah. kata kata pun indah.
kalau marah sedih semua apa kita dapat?
muka muram? mata sembap menangis. euwww tak best
pendam la best. orang taktau. 

tapi adakah korang tau bila best untuk menangis?
haa sebelum tidur masa rumah tengah sunyi. angin sepoi bahasa.
ye masa tu. menangis la masa tu. mana ada orang tau.
tapi itu cara aku. nikmat tahu? dekat situ boleh hilang semua tension tu. SEDIKIT

*okay aty merepek*

mak ada kata, aty tu baru umur 20tahun? tau tak kalau panjang umur, berlipat kali ganda lagi nak hidup?
banyak lagi kena belajar. aty buat baik dengan semua orang. berkawan dengan ramai orang
semua tu akan menolong kita kelak
senyum. jangan nak masam je.dah la muka aty tu muka sombong.
 *Allah yang bagi mak. aty terima. -dalam hati-*

ye mak. aty buat semua tu. tapi mak tau tak, aty buat baik pun kenapa orang tak suka mak?
*tongkat dagu merenung ke hadapan*

*apa kau tulis ni aty?*

okay yang ni tambahan.

ada kawan saya cakap. "aty, apa yang you buat hari hari jangan lupa cakap TERIMA KASIH. nanti mesti bahagia. ye saya dah amalkan sekarang. saya suka cakap terima kasih. thank you friend. awak membantu. and yeah i miss you kawan.goodluck dengan carrier awak. aty sokong dari jauh :)

okay la melalut sangat ni. k bye, Assalamualaikum :)



nukilan



"Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu
Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku
Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga diriku dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku
Ya Allah Menanggung kemurkaanMu
Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku"


LaguKu damba keampunanMu





kita hidup untuk apa? apa yang kita nak untuk hidup? dunia akhirat kita sama banyak ke amalan? atau kita dah lupa akhirat? leka dengan semua benda? dengan duniawi? hiburan? ye bukan cakap orang lain tapi diri aty sendiri.

ye 20 tahun. 20 tahun aty hidup. kalau lama sedar dengan semua benda dan bekalan akhirat mungkin sekarang kehidupan yang diingini oleh semua muslimin dalam dunia ni aty dah dapat. tapi aty terlalai. terlalai seketika dengan kehidupan dunia

bertaubat hari ini esok buat lagi. minta maaf dengan Allah harini eok buat lagi sampai bila nak berubah? tunggu mati? Ya Allah. ini semua aty cerita pasal diri sendiri.

sesungguhnya Ya Allah, engkau tetapkanlah imanku. lembutkanlah hatiku, keluargaku, rakan rakanku dan juga hambaMu didunia ini Ya Allah. amin..


Monday, September 24, 2012

penulisan kosong

Disini ku berada, menghadap klcc dikala petang menyepi bersama angin meniup pipi
kuala lumpur. kenapa engkau sesak?
kenapa engkau dipenuhi manusia?
ouh aku lupa. disini tempatnya mencari rezeki?
tapi yang aku cari disini?
aku cari sebuah kedaiaman yang hakiki.
untuk apa? bekalan minda yang tenang untuk dibawa pulang ke melaka
mengapa aku rasa indah disini? mungkn kerana aku pandang raut wajah yang aku sayang. abang kakak dan si comel hady.

abangku ilhamku
mendekatkan diri dengannya membuatkan aku ingin lebih mendekatkan diri dengan Allah
katanya katanya selalu membuatkan ku tenang
hilang lari dari semua masalah.
terima kasih Ya Allah keranan mengurniakan seorang abang abang yang penyayang ke dalam hidupku



final exam

malas

itu ke sikap yang semakin menebal pada diri aku sekarang? malas pemalas!
sampai bila nak macam ni? aty! tak sedar ke dah nak final exam? 
tak sedar ke yang diri tu tak berapa pandai?
tak sedar lagi ke yang awak tu bukan dari golongan orang 'dean list'
haa? tak sedar lagi ke? tau tak semester kali ni banyak subject yang macam pfffttt?
lagi susah lagi malas kan?
haih teruk la awak ni aty!!

saya perlukan jiwa. jiwa yang lali untuk banyak benda
suatu jiwa dan hati yang ikhlas untuk belajar
tapi mana nak cari? hati terkapai kapai mencari keikhlasan.
mana?tak jumpa.! ouh rupanya keikhlasan lari membawa kekecewaan. 
kekecewaan dengan result exam yang lepas.

semangat! mana kau? ouh dia juga berlari lari mencari destinasi.
saya perlukan semangat. mohon datang segera.
saya perlukan kerajinan untuk mentelaah. huh 'KATANYA'

tolong.mohon. nasihatilah saya.

sekian dari saya yang merepek.
assalamualaikum




Sunday, September 23, 2012

YA TUHAN

assalamualaikum w.b.t

sebelum penulisan blog kali ni, aty mermerlukan zon yang selesa kerana apa yang bakal aty tulis mungkin buat orang meluat atau apa tapi aty cuba.

*merenung ke tingkap*

apa sebenarnya yang ada dalam minda yang dianugerahkan Allah kepada aku? bagaimana sebenarnya perangai aku? adakah orang selesa dengan aku yang sekarang? adakah orang benci? ouhh itu mungkin ada.

tau apa aku rasa sekarang? aku rasa diri aku keji. rasa macam dibenci. 

tau apa rasa kalau kita tenung orang atau kawan yang kita sayang dengan kasih sayang, tapi die berpaling dari pandang kita? boleh faham tak macam mana tebalnya malu? boleh rasa tak setinggi mana perasaan kecewa ni dalam diri? yee semua tu aku yang rasa. sebab aku yang TERUK tu. mungkin

Ya Allah Ya rabbi. hanya kepadaMu aku berserah. kepadaMu aku mengadu

*menyandarkan diri dengan penuh rasa kesal*

Ya Allah andai kata aku telah berubah. tunjukanlah aku ke jalan yang benar. Ya Allah andai kata perangai aku tidak disenangi, bukalah hati mereka untuk menegurku.

sesungguhnya pintu hatiku akan tenang

YA Allah Ya Tuhanku, andai kata aku pergi dulu sebelum mereka, tempatkanlah aku dikalangan orang yang beriman jika aku layak.. maafkanlah mereka yang telah berandaian buruk terhadapku.

*hati menangis*

Amin..

Saturday, September 22, 2012

muara hati

jangan tanya kenapa lagu dekat blog aty ni muara hati ye. bukan sebab fall in love or apa apa. tapi lagu ni memang best. seriously best! okay lah. bye! take care uolls :p


Sunday, August 5, 2012

ramadhan


Ku AdaMu Ya Allah 

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


untuk pertama kalinya pada tahun ni lagu berunsur keTuhanan nyanyian Najwa Latif sentiasa terngiang ngiang dekat kepala ni. proud of you girl! SALAM RAMADHAN

Friday, May 11, 2012

obses

hei! hari ni terfikir satu benda yang akan aty lakukan untuk future life. jangan terkejut eh.haha. ini benda wajib la. tapi inshaAllah bila ada rumah sendiri and dah kerja nanti :D tadi dah tunjuk dekat mak mak hanya mampu senyum je. :p k aty nak design bilik macam ni? smart kan? sorry la. saya memang gila leopard!



ish ish ishhh.! awesomenya lah hai! 



ok ni je nak tunjuk. bye. assalamualaikum :D

Wednesday, May 9, 2012

splunking activity

hye! ha siapa dekat sini yang suka and gemar sangat melakukan splunking activity? ha jom jom boleh join! :)


MULTIRICH EXTREME RESOURCES mempunyai kepakaran dalam memberi anda peluang untuk menikmati aktiviti 'outdoor' seperti spelunking,caving,diving,tracking,climbing serta program-program berbentuk motivasi diri, team building, latihan dan sebagainya.

Program dengan konsep 'EDUCATIONAL ADVENTURE GUIDES' sangat sesuai untuk Badan Kerajaan, Swasta, IPTA, IPTS dan sekolah-sekolah. Program yang kami aturkan lebih berbentuk rekreasi yang santai tetapi akan memberi impak kepada peserta bergantung kepada kesesuaian objektif sesuatu program.










untuk sebarang pertanyaan boleh call : 0177196630 (Aty)

facebook : splunking

Tuesday, May 8, 2012

iamneeta

hello! just nak share dengan awak semua untuk mengenali lebih dekat our local band yang bakal mengukir nama di persada seni satu hari nanti iaitu band IAMNEETA :) yeah! actually aty ikut perkembangan diorang before diorang famous lagi. tengok diorang perform dekat frinjan semua. cuma malu nak tegur sampai la kitorang lepak sama masa shoot music video kosong :) band ni unik sebab 3remaja ni asalnya bukan berasal dari tempat yang sama, umur berlainan and atas minat yang sama mereka bergabung. mereka dilamar oleh NAR records setelah tertarik dengan bakat mereka di laman sesawang youtube.:) single pertama lagu tuhan tolong aku is my favourite song and also terima kasih and marry me! hei! awesome gila lagu diorang :) and vokalis yang main peranan penting sebab suara si cantik neeta ni sangatla sedap didengar. neeta ada style sendiri. cuba tengok dia nyanyi.. mulut tak buka sangat pun tapi sura dia umphh! and cer tengok tangan dia. ada style kan! hihi :p and guitarist patrick and anas sangat berbakat :) ada yang belum kenal mereka? ha meh sini aty kenalkan. :)

 NEETA (vokalis)
PATRICK (1st guitar)
 ANAS (2nd guitar)


support them :)
mereka peramah. yeah! tak percaya? tegurlah dekat fb or twitter.! :)

yeah and this is me with @superteenfreek (vokalis IamNEETA)



endah parade,bukit jalil. credit to abang shukri hamid :)

facebook : IamNEETA
facebook fans : IamNeeta Fans
twitter  : iamneeta
                 youtube channel: iamNEETA and nakal666




jantung hati

hei! nak cerita pasal jantung hati aty ni ha si hady. alolo. hady dah lima bulan dah lebih kurang. pandai merangkak. amboi. maksu dah rindu dah dekat hady! takpe. hujung bulan nanti jumpa. :) ha cuba tengok gambar hady yang terbaru ni. kakak ipar aty upload dekat fb. yeah! comel :)



tengok tu. hady comel kan? macam SMURF. hihi
yang dua orang tu paksu hady belah sana. mereka twin. 
kesian diorang baru je kehilangan ayah. AL-FATIHAH

Saturday, May 5, 2012

:')


di sini bermula. pada malam gambar ini diambil. sudah tiba masanya
gambar ni penuh dengan makna yang tersirat
Bismillahirrahmanirrahim :')

Friday, April 27, 2012

result uitm

first of all, congrate untuk semua kawan kawan yanng dean listt. yang takda repeat semua cograte okay. yang teruk or kecewa macam aty sabar je. aty sangat bersyukur takda repeat apa apa paer tapi aty sangat frust sedih kecewa semua la. sebab banyak aty korban masa nak exam tu. korban tidur semua la. tapi rasanya memang mungkin nasib untuk keputusan gempak, DL or lain lain tu belum menyebelahi aty. mungkin Allah masih menguji aty. ada hikmah. aty redha. this sem tengok result aty hanya diam tengok semua and tutup. tak nangis. nampak tak kecewa fedup semua? sampai tak terkata. perasaan pun dah buntu. ada tiga sem lagi untuk kejar. inshaAllah boleh lagi nak cover. tapi bila aty nak rasa yang aty ni berjaya? result gempak macam yang lain? nak jugak rasa. :( nak jugak! takpa. ada peluang lagi. cuba aty!


*aku bersyukur dengan result exam yang telah Kau beri Ya Allah* aminn



Saturday, April 21, 2012

PTPTN

lately ni isu ptptn bakal dimansuhkan semakin menjadi jadi. wahai kerajaan ku sayang. janganlah mansuhkan. ibu ayah saya bukan dikalangan orang yang mewah dan senang. taknak susahkan mereka. ptptn banyak membantu untuk kos belajar tu. hm


*berharap ptptn tidak dimansuhkan*

Friday, April 20, 2012

happy anniversary

assalamualaikum :)
hari ni 20APRIL2012. hari ni ulang tahun perkahwinan mak and ayah aty :) semoga mereka berdua panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia until jannah! inshaAllah. 


aty tak dapat nak bayangkan hidup aty tanpa insan yang bernama ayah dan ibu ini. Ya Allah sesungguhnya engkaulah yang maha penyayang. panjangkan umur mereka Ya Allah. sihatkanlah tubuh badan mereka. walaupun hidup kami tidak semewah keluarga lain tapi aty rasa mewah dengan kasih sayang daripada ayah dan mak. dan kami sekeluarga hidup bahagia :) I LOVE YOU BOTH!




" Ya Allah ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami ketika kami masih kecil. Ya Allah berkati dan rahmatilah hidup mereka seperti mana Engkau merahmati hidup para rasul dan aulya-Mu, murahkan rezeki mereka dengan rezeki halal dan diberkati. Akhirnya akhiri hidup mereka dalam husnul khatimah, Engkau sahaja selayaknya membalas segala jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kami. Amin."

Tuesday, March 20, 2012

movie

hello semua! aty nak cerita and bagi tau korang semua movie yang latest aty tengok dengan my beloved friends and movie yang best! this means war and 7petala cinta memang terbaik! siapa belum tgk? baik pergi tengok ASAP ye :) tu je nak share. hihi. BYE.



Sunday, March 18, 2012

music video KOSONG. :)

hey guyss :) nantikan kemunculan music video terbaru dari NAJWALATIF iaitu music video KOSONG. najwalatif awesoe yang datang and talent talent yang terlibat.. korang memang awesome. kali ni aty datang bukan sebagai talent (sebab kurang layak) :p hihi. tapi aty datang sebagai crew. yeah aty sampai awal bersama 3 org rakan yg awesome  from lendu jugak. sebab ada sorang yang terpilih as talent :)  shooting dekat endah parade bukit jalil. aty ada dekat sane until 8.30pm macam tu. mlm tu jugak terus balik melaka semula :)


ini hari yang memenatkan plus keesokan harinya aty ada paper final exam yg dianggap killer subject jugak la kn tapi takpe. sebab korang yang awesome memang buat aty happy. 


and most important is ada beberapa orang yang first time jumpa aty.. tegur and tanye aty. aty ni suke leopard print ke. hihi. awak semua belum kenal saya betul2. yeah! saya adalah pencinta leopard stuff :) 


and tak lupa juga crew THEMALAYA yang sporting and gila cool :)
and also band IAMNEETA :)


shooting dekat endah parade bukit jalil. aty ada dekat sane until 8.30pm macam tu. mlm tu jugak terus balik melaka semula :)


music video mungkin akn keluar akhir bulan ni atau awal bulan depan. yeah.. nantikan yeee :)







HELLO NEW FRIENDS!
u all memang awesome :)

Wednesday, March 7, 2012

my hobby?

ehem ehem. hye assalamualaikum! :) now nak cerita pasal hobi. apa hobi korang semua.? mesti ada hobi kan? hobi aty banyak sangat!!! tapi yang aty nak cerita hari ni ialah hobi aty yang suka sangat kumpul leopard stuff :) yeah. mestilah dah banyak. tapi tu orang cakap. pada aty belum cukup la. banyak lagi nak beli ni. :p nak tengok antara koleksi aty? lets check this out! :D




yes! saya la penggemar leopard tu! :)
ada yang minat sama macam aty? jom share! :D
BYE.

focus

dah try banyak kali untuk focus buat notes and revision deat ruah. dah banyak tempat aty tukar untuk study and now dekat bilik abang. nak try mood dekat sini jugak. hish! tak boleh juga nak focus study.. :( sampai bila nak macam ni? isnin depan dah start final. errr. tak boleh macam ni. mungkin kena balik melaka jugak secepat yang mungkin!

macam ni je la keadaan lepas study yang beberapa minit je tu. nanti bersepah sampai ke esok.! -.-"

..

hello! aty nak post satu lagi entry before ty tidur. now dah pukul 2.50 a.m :)


korang tau apa itu sedih? apa itu rindu? apa itu sebak? apa itu stress? ape itu lapar? yes itu semua terjadi dekat aty sekarang dalam masa yang sama.


bila aty rasa sedih? yes! setiap hari tapi dalam hati sebab tu aty selalu sebak sebab aty tahan untuk terus menangis sebab taknak orang tau. yes. itu semua buat aty stress and bila stress asyik nak makan makan and makan. and selalu rasa lapar. at the same time. i miss someone tapi tu takpelah. abaikan. yeah! semua berkait kan? tulah yang aty alami sekarang. but its okay. aty kuat KOt. :') just wish me luck for final dah cukup. itu lagi penting untuk difocuskan :) 

menghilang

Assalamualaikum semua. :) yeah. teramatlah rindu dengan dunia blogging ni. memang lately tak sempat and takde idea nak update blog apa. ni pun sebab rasa dah rindu sangat and nak post something jugak! :) semua sihat? actually next week aty final. WISH ME LUCK! :)


aty jarang ada di blog and jarang juga ada dekat facebook. but always ada twitter.! ha meh follow aty.. kita tweet tweet ye. :D tekan sini ye --> follow me :)


BYE! :)

Thursday, January 26, 2012

assalamualaikum blogger! :) lame dah aty tak update blog sebab sangat busy dengan trip. assignment and macam2 yang berlaku. paling best laptop rosakk. errr :( tension tension. tapi semua yang berlaku ada hikmahnya and mesti ada jalan penyelesaiannya kan. so chill sudah :)


ni la serba sedikit aktiviti yang aty lakukan sepanjang menghilang. kihkih. :P


sabak bernam :)


tourism art carnival. this awesome okay! sebab ada student from padang,indon datang lawat event kami :)

macam macam lagi. tapi ni je sempat kongsi. ada mase nanti aty sambung cerita lagi ye. ok bye. ASSALAMUALAIKUM :)