Tuesday, September 25, 2012

nukilan



"Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu
Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku
Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga diriku dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku
Ya Allah Menanggung kemurkaanMu
Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku"


LaguKu damba keampunanMu





kita hidup untuk apa? apa yang kita nak untuk hidup? dunia akhirat kita sama banyak ke amalan? atau kita dah lupa akhirat? leka dengan semua benda? dengan duniawi? hiburan? ye bukan cakap orang lain tapi diri aty sendiri.

ye 20 tahun. 20 tahun aty hidup. kalau lama sedar dengan semua benda dan bekalan akhirat mungkin sekarang kehidupan yang diingini oleh semua muslimin dalam dunia ni aty dah dapat. tapi aty terlalai. terlalai seketika dengan kehidupan dunia

bertaubat hari ini esok buat lagi. minta maaf dengan Allah harini eok buat lagi sampai bila nak berubah? tunggu mati? Ya Allah. ini semua aty cerita pasal diri sendiri.

sesungguhnya Ya Allah, engkau tetapkanlah imanku. lembutkanlah hatiku, keluargaku, rakan rakanku dan juga hambaMu didunia ini Ya Allah. amin..


Monday, September 24, 2012

penulisan kosong

Disini ku berada, menghadap klcc dikala petang menyepi bersama angin meniup pipi
kuala lumpur. kenapa engkau sesak?
kenapa engkau dipenuhi manusia?
ouh aku lupa. disini tempatnya mencari rezeki?
tapi yang aku cari disini?
aku cari sebuah kedaiaman yang hakiki.
untuk apa? bekalan minda yang tenang untuk dibawa pulang ke melaka
mengapa aku rasa indah disini? mungkn kerana aku pandang raut wajah yang aku sayang. abang kakak dan si comel hady.

abangku ilhamku
mendekatkan diri dengannya membuatkan aku ingin lebih mendekatkan diri dengan Allah
katanya katanya selalu membuatkan ku tenang
hilang lari dari semua masalah.
terima kasih Ya Allah keranan mengurniakan seorang abang abang yang penyayang ke dalam hidupku



final exam

malas

itu ke sikap yang semakin menebal pada diri aku sekarang? malas pemalas!
sampai bila nak macam ni? aty! tak sedar ke dah nak final exam? 
tak sedar ke yang diri tu tak berapa pandai?
tak sedar lagi ke yang awak tu bukan dari golongan orang 'dean list'
haa? tak sedar lagi ke? tau tak semester kali ni banyak subject yang macam pfffttt?
lagi susah lagi malas kan?
haih teruk la awak ni aty!!

saya perlukan jiwa. jiwa yang lali untuk banyak benda
suatu jiwa dan hati yang ikhlas untuk belajar
tapi mana nak cari? hati terkapai kapai mencari keikhlasan.
mana?tak jumpa.! ouh rupanya keikhlasan lari membawa kekecewaan. 
kekecewaan dengan result exam yang lepas.

semangat! mana kau? ouh dia juga berlari lari mencari destinasi.
saya perlukan semangat. mohon datang segera.
saya perlukan kerajinan untuk mentelaah. huh 'KATANYA'

tolong.mohon. nasihatilah saya.

sekian dari saya yang merepek.
assalamualaikum




Sunday, September 23, 2012

YA TUHAN

assalamualaikum w.b.t

sebelum penulisan blog kali ni, aty mermerlukan zon yang selesa kerana apa yang bakal aty tulis mungkin buat orang meluat atau apa tapi aty cuba.

*merenung ke tingkap*

apa sebenarnya yang ada dalam minda yang dianugerahkan Allah kepada aku? bagaimana sebenarnya perangai aku? adakah orang selesa dengan aku yang sekarang? adakah orang benci? ouhh itu mungkin ada.

tau apa aku rasa sekarang? aku rasa diri aku keji. rasa macam dibenci. 

tau apa rasa kalau kita tenung orang atau kawan yang kita sayang dengan kasih sayang, tapi die berpaling dari pandang kita? boleh faham tak macam mana tebalnya malu? boleh rasa tak setinggi mana perasaan kecewa ni dalam diri? yee semua tu aku yang rasa. sebab aku yang TERUK tu. mungkin

Ya Allah Ya rabbi. hanya kepadaMu aku berserah. kepadaMu aku mengadu

*menyandarkan diri dengan penuh rasa kesal*

Ya Allah andai kata aku telah berubah. tunjukanlah aku ke jalan yang benar. Ya Allah andai kata perangai aku tidak disenangi, bukalah hati mereka untuk menegurku.

sesungguhnya pintu hatiku akan tenang

YA Allah Ya Tuhanku, andai kata aku pergi dulu sebelum mereka, tempatkanlah aku dikalangan orang yang beriman jika aku layak.. maafkanlah mereka yang telah berandaian buruk terhadapku.

*hati menangis*

Amin..

Saturday, September 22, 2012

muara hati

jangan tanya kenapa lagu dekat blog aty ni muara hati ye. bukan sebab fall in love or apa apa. tapi lagu ni memang best. seriously best! okay lah. bye! take care uolls :p