Thursday, October 24, 2013

BIASA BIASA

Hi Assalamualaikum :)


Lama dah aty tak publish dekat sini. actually banyak je yang aty tulis dekat blog. cuba tak ready untuk publish

Sebab untuk kedua kali dalam hidup aty, orang salah faham and perasan yang aty cakap pasal dia and tujukan dekat dia. hey come on. ingat penulisan aty dekat blog ni memang untuk dia? pergi tampar diri sendiri!

jadi untuk kali kedua blog aty kena bash dengan kaum kerabat dia. maaf, post tu pun aty dah delete. Tolong cari hidup sendir and jangan pernah wujud dalam hidup aty lagi.! Takpe aty tak kesah selagi tahu kebenaran diri sendiri. 

Aty dah cuba faham apa masalah dan dah maafkan dah orang berkenaan. jangan risau

Oleh itu, mungkin lepas ni aty akan update blog ni seperti biasa. nantikan puisi ke cerita baru dari aty okay? *macam ada yang tunggu je* haha.

okay bye! :)

Monday, May 20, 2013

pantang larang

Assalamualaikum Hi! lama tak menaip sini. rinduuuuu! *tiup habuk*

perginya satu kisah tak beerti lenyap yang lama
perginya satu kenangan tak bermaksud lesap
datangnya satu cerita, tak bermakna berubah
datangnya orang baru tak bermakna lupa yang lama
berubah tempat tak semestinya berubah segalanya

banyak sebenarnya. cuma nak cakap dekat sini, kenapa ramai orang sekarang suka judge orang dari luaran je? tolongla selidik dulu boleh? kita mana tahu siapa betul dan siapa salah kan?

pengalaman banyak mengajar maksud POSITIF. Ya Allah kalau tak fikir positif entah apa jadi sekarang ni

and lagi satu ni kenapa mesti ungkit cerita lama? kenapa mesti orang nak keluarkan perangai kita yang lama. yang mungkin buruk. yehh semua orang pun ada masa silam. tapi tak perlu nak bukak pekong semua kan?

konklusinya di sini, fikir sebelum bercakap, pastikan sebelum menuduh. okay? as simple as that!

Goodnight, bye, Assalamualaikum :)


Friday, November 2, 2012

november









Ahlan wasahlan november. 
tolong beri saya lebih kekuatan. 
bukalah hati saya untuk kebaikan.
 jauhilah saya dari keburukan. aminn..

inshaAllah :)



Tuesday, October 30, 2012

sebentar






apa yang kita mahu, tak semuanya dapat
apa yang kita ada tak selamanya kekal.
kembalilah kepada Allah dan minta kepadaNya
semoga kita hidup diatas keredhaan dan kerahmatannya..

Assalamualaikum



Saturday, October 27, 2012

pergi

hidupku suram. nyawaku ku seakan padam
separuh jiwaku pergi tak kembali
adakah ini petanda? tapi petanda apa?
aku sendiri keliru. keliru dengan jasad sendiri
diriku tidak dapat dikawal dengan perasaan
otak buntu. hatiku hancur.
aku mahu pergi. pergi jauh dari realiti
izinku aku mencari haluan sendiri
jangan kongkong. jangan halang. 
biarkan aku pergi
mereka tidak memerlukan aku. 
aku hanya jasad yang tidak berguna kepada semua
kadang dipandang seperti sampah
aku yakin dengan perasaan aku yang penipu ni
tidak terima kenyataan dunia
ye aku degil.
tapi aku ada SEBAB
biarlah. semua pergi! pergi tinggalkan aku. PERGI!!!!!!!


:'(



Wednesday, October 24, 2012

susah

aku terpaksa
walaupun aku tak rela
walaupun aku merana
aku terpaksa menipu diri sendiri
aku terpaksa meninggikan keegoanku
hatiku memberontak setiap hari
menangis setiap malam
tapi aku terpaksa. ye TERPAKSA
susahkan jadi aku?
aku tau. takpe aku yang rasa.
dunia ini tidak adil. tapi aku terima
kerana Allah ada
mungkin ini terbaik cuma aku belum nampak
aku hanya mampu menunggu
menunggu titik nokhtah.
walaupun sekarang aku pasrah



hadi mus'ab


my only baby, muhammad hadi mus'ab
cepat baik sayang. hady kuat
cepatla keluar dari wad tu. maksu rindu :(

Ya Allah sesunggunhnya Engkaulah maha berkuasa, Engkaulah maha mengasihani
sembuhkanlah insan yang tidak berdosa ini Ya Allah. 

Amin..




wajah

kehadapan wajah,
tidak kah engkau sedar kesombonganmu?
tidak kah engkau sedar akan keegoanmu?
dan tidak kah engkau sedar miripmu seperti orang tuaku?

oh tidak!
wajah itu aku. diri aku yang melambangkan peribadiku.
kesombonganku bukan kerana rela.
tapi terpaksa. untuk lari dari lelaki durjana.
keegoanku tidak dipinta .
tetapi untuk jauh daripada duka
wajahku ibubapaku
aku bersyukur kepadaMu di atas kurniaan itu



Saturday, September 29, 2012

youtubers

hello and goodevening fellas. tiba tiba nak tulis blog about someone. dia kawan aty, ZACK.  dia seorang youtubers yang berbakat dalam lakonan, menyanyi dan macam macam la. banyak bakat terpendam dia. antara video yang aty suka. GENERASI SEKARANG. serious korang pun kena tengok kalau nak tengok hebat ke tak hebat dia berlakon dan menari! eh! hehe. kalau nak tengok, klik ni, generasi sekarang :D
kalau nak lebih mengenali zack. klik link bawah ni :)

youtube channel : zackmerican
facebook : zack merican
twitter : zack_merican

mesti tertanya tanya kan kenapa merican? ha aty pun tanya dia terus bila kenal dulu. and dia kata tu family name dia. memang ada merican. tapi kalau nak tau lebih lanjut. follow twitter and facebook and subscribes youtube channel dia. haa! simple as you eat! :p




penangan novel

hati berbisik jiwa merisik
akal berfikir mulut berkata
adakah engkau dikurniakan untuk aku?
bukan peneman hidup
tetapi peneman duka lara.

kenapa kau melirik ke arah ku?
sedangkan aku sedang memerhatikanmu
gerak langkahmu memukau separuh jiwaku
matamu, bibirmu, langkahmu.. oh pria! kau buat aku jatuh
jatuh ke atas khayalan dunia

ketulusanmu kejujuranmu membuatku tertawan
keihlasanmu merebahkanku
kasih sayangmu membutakan ku
oh tidak.! aku dihanyut dengan dunia khayalan!

nukilan :aty mariam



haha. yeah. kenapa aty merepek dengan konon entah apa yang ditulis tu? ha semua salah buku yang bertajuk  'awek chuck taylor' ni. cerita ni memang sumpah awesome. hari ni, dimana sepatutnya aty mentelaah di minggu study week,,tapi aty dah buang masa untuk habiskan baca buku ni.actually buku ni postman hantar tengahari tadi masa aty sibuk mengemas bilik. kawan aty from jb yang postkan. ohh thank you so much nad! :) cerita ni pasal cintan cintun jugak la. tapi brutal sikit. haha. tapi ending nya sedih.

korang yangnak try baca boleh la dapatkan buku di pasaran. di..err aty pun taktau ada jual dekat mana. tapi kalau nak baca jugak, boleh la jumpa aty untuk pinjam. tiada sebarang caj yang dikenakan :p

okay la. selamat malam. bye. assalamualaikum :)



Wednesday, September 26, 2012

rahsia

hye hello! :)

selamat pagi dan salam hari rabu! 
apa aktiviti hari ni? ouh lupa awak semua bersekolah dan bekerja. aty je cuti. :p
pagi ni aty nak cerita pasal rahsia. kali ni malas nak bermadah ke apa. haha
okay sekarang ni, sebab aty buat blog sejak4 ke 5 tahun lepas aty lupa..
tapi sebab nya adalah aty nak share cerita and orang baca penulisan aty yang.
tapi kenapa ramai orang salah tafsir?
orang ada yang cakap.

"eleh aty tu benda macam tu pui, sikit sikit nak tulis dekat blog"
"ada masalah sikit nak cerita dekat blog"
"beli barang baru sikit nak cerita dekat blog. nak menunjuk la tu"
"buat apa hari ni pun nak tulis dekat blog"

haa mesti ramai yang buat andaian macam tu kan. sebab kawan depan mata aty pun ada cakap -.-
korang boleh faham tak tulis blog ni habit?
macam mana korang online fb la twitter la, 9gag la. apa apa la. 
ha macam tu la aty. tapi kalau takda idea aty tak update
nak menulis ni bukan saje2. salah tulis orang pertikaikan. macam KES DULU tu. ah malas nak ingat.!

korang semua jangan fikir la yang semua benda aty tulis dekat blog. tak.! sumpah tak
banyak benda banyak rahsia yang aty simpan aty pendam. orang taktau
tak pun hanya orang terdekat je yang tau. kalau semua bnda nak cerita
memang meletup la blog aty ni tak muat
apa la korang ni. jangan senang senang la nak buat andaian.
boleh tak?

takpela setiap manusia tak lari dari kesilapan. aty maafkan. 

korang semua take care. bye. Assalamualaikum :)


Tuesday, September 25, 2012

tidak sempurna

siapa diri aku? aku manusia. aku ada harga. aku ada jiwa. aku tiada harta
tapi aku tidak buta untuk melanggar arus dunia.
siapa kata aku sempurna? tidak. tidak sama sekali
siapa kata aku baik? tidak sebaik sesucinya Nabi Muhammad 
cantik? juga tidak. aku dikalangan manusia yang hanya ada rupa.
rupa yang sempurna dikurniakan oleh Allah. semua boleh berfungsi dengan sempurna.
terima kasih Ya Allah.

perasaan? ye aku juga ada perasaan. sedih,kecewa,marah,seronok,sebak.. 
ye sebak tu selalu ada dalam diri aku. 
tapi satu perasaan ni memang peneman harian. tau apa dia? 'PENDAM'
yeah. tau sebab pendam boleh hancurkan perasaan sendiri. makan diri
tapi apa boleh buat. itu je cara untuk semua benda nampak indah. 
raut muka pun indah. kata kata pun indah.
kalau marah sedih semua apa kita dapat?
muka muram? mata sembap menangis. euwww tak best
pendam la best. orang taktau. 

tapi adakah korang tau bila best untuk menangis?
haa sebelum tidur masa rumah tengah sunyi. angin sepoi bahasa.
ye masa tu. menangis la masa tu. mana ada orang tau.
tapi itu cara aku. nikmat tahu? dekat situ boleh hilang semua tension tu. SEDIKIT

*okay aty merepek*

mak ada kata, aty tu baru umur 20tahun? tau tak kalau panjang umur, berlipat kali ganda lagi nak hidup?
banyak lagi kena belajar. aty buat baik dengan semua orang. berkawan dengan ramai orang
semua tu akan menolong kita kelak
senyum. jangan nak masam je.dah la muka aty tu muka sombong.
 *Allah yang bagi mak. aty terima. -dalam hati-*

ye mak. aty buat semua tu. tapi mak tau tak, aty buat baik pun kenapa orang tak suka mak?
*tongkat dagu merenung ke hadapan*

*apa kau tulis ni aty?*

okay yang ni tambahan.

ada kawan saya cakap. "aty, apa yang you buat hari hari jangan lupa cakap TERIMA KASIH. nanti mesti bahagia. ye saya dah amalkan sekarang. saya suka cakap terima kasih. thank you friend. awak membantu. and yeah i miss you kawan.goodluck dengan carrier awak. aty sokong dari jauh :)

okay la melalut sangat ni. k bye, Assalamualaikum :)



nukilan



"Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu
Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku
Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga diriku dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku
Ya Allah Menanggung kemurkaanMu
Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku"


LaguKu damba keampunanMu





kita hidup untuk apa? apa yang kita nak untuk hidup? dunia akhirat kita sama banyak ke amalan? atau kita dah lupa akhirat? leka dengan semua benda? dengan duniawi? hiburan? ye bukan cakap orang lain tapi diri aty sendiri.

ye 20 tahun. 20 tahun aty hidup. kalau lama sedar dengan semua benda dan bekalan akhirat mungkin sekarang kehidupan yang diingini oleh semua muslimin dalam dunia ni aty dah dapat. tapi aty terlalai. terlalai seketika dengan kehidupan dunia

bertaubat hari ini esok buat lagi. minta maaf dengan Allah harini eok buat lagi sampai bila nak berubah? tunggu mati? Ya Allah. ini semua aty cerita pasal diri sendiri.

sesungguhnya Ya Allah, engkau tetapkanlah imanku. lembutkanlah hatiku, keluargaku, rakan rakanku dan juga hambaMu didunia ini Ya Allah. amin..


Monday, September 24, 2012

penulisan kosong

Disini ku berada, menghadap klcc dikala petang menyepi bersama angin meniup pipi
kuala lumpur. kenapa engkau sesak?
kenapa engkau dipenuhi manusia?
ouh aku lupa. disini tempatnya mencari rezeki?
tapi yang aku cari disini?
aku cari sebuah kedaiaman yang hakiki.
untuk apa? bekalan minda yang tenang untuk dibawa pulang ke melaka
mengapa aku rasa indah disini? mungkn kerana aku pandang raut wajah yang aku sayang. abang kakak dan si comel hady.

abangku ilhamku
mendekatkan diri dengannya membuatkan aku ingin lebih mendekatkan diri dengan Allah
katanya katanya selalu membuatkan ku tenang
hilang lari dari semua masalah.
terima kasih Ya Allah keranan mengurniakan seorang abang abang yang penyayang ke dalam hidupku



final exam

malas

itu ke sikap yang semakin menebal pada diri aku sekarang? malas pemalas!
sampai bila nak macam ni? aty! tak sedar ke dah nak final exam? 
tak sedar ke yang diri tu tak berapa pandai?
tak sedar lagi ke yang awak tu bukan dari golongan orang 'dean list'
haa? tak sedar lagi ke? tau tak semester kali ni banyak subject yang macam pfffttt?
lagi susah lagi malas kan?
haih teruk la awak ni aty!!

saya perlukan jiwa. jiwa yang lali untuk banyak benda
suatu jiwa dan hati yang ikhlas untuk belajar
tapi mana nak cari? hati terkapai kapai mencari keikhlasan.
mana?tak jumpa.! ouh rupanya keikhlasan lari membawa kekecewaan. 
kekecewaan dengan result exam yang lepas.

semangat! mana kau? ouh dia juga berlari lari mencari destinasi.
saya perlukan semangat. mohon datang segera.
saya perlukan kerajinan untuk mentelaah. huh 'KATANYA'

tolong.mohon. nasihatilah saya.

sekian dari saya yang merepek.
assalamualaikum




Sunday, September 23, 2012

YA TUHAN

assalamualaikum w.b.t

sebelum penulisan blog kali ni, aty mermerlukan zon yang selesa kerana apa yang bakal aty tulis mungkin buat orang meluat atau apa tapi aty cuba.

*merenung ke tingkap*

apa sebenarnya yang ada dalam minda yang dianugerahkan Allah kepada aku? bagaimana sebenarnya perangai aku? adakah orang selesa dengan aku yang sekarang? adakah orang benci? ouhh itu mungkin ada.

tau apa aku rasa sekarang? aku rasa diri aku keji. rasa macam dibenci. 

tau apa rasa kalau kita tenung orang atau kawan yang kita sayang dengan kasih sayang, tapi die berpaling dari pandang kita? boleh faham tak macam mana tebalnya malu? boleh rasa tak setinggi mana perasaan kecewa ni dalam diri? yee semua tu aku yang rasa. sebab aku yang TERUK tu. mungkin

Ya Allah Ya rabbi. hanya kepadaMu aku berserah. kepadaMu aku mengadu

*menyandarkan diri dengan penuh rasa kesal*

Ya Allah andai kata aku telah berubah. tunjukanlah aku ke jalan yang benar. Ya Allah andai kata perangai aku tidak disenangi, bukalah hati mereka untuk menegurku.

sesungguhnya pintu hatiku akan tenang

YA Allah Ya Tuhanku, andai kata aku pergi dulu sebelum mereka, tempatkanlah aku dikalangan orang yang beriman jika aku layak.. maafkanlah mereka yang telah berandaian buruk terhadapku.

*hati menangis*

Amin..

Saturday, September 22, 2012

muara hati

jangan tanya kenapa lagu dekat blog aty ni muara hati ye. bukan sebab fall in love or apa apa. tapi lagu ni memang best. seriously best! okay lah. bye! take care uolls :p


Sunday, August 5, 2012

ramadhan


Ku AdaMu Ya Allah 

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


untuk pertama kalinya pada tahun ni lagu berunsur keTuhanan nyanyian Najwa Latif sentiasa terngiang ngiang dekat kepala ni. proud of you girl! SALAM RAMADHAN

Friday, May 11, 2012

obses

hei! hari ni terfikir satu benda yang akan aty lakukan untuk future life. jangan terkejut eh.haha. ini benda wajib la. tapi inshaAllah bila ada rumah sendiri and dah kerja nanti :D tadi dah tunjuk dekat mak mak hanya mampu senyum je. :p k aty nak design bilik macam ni? smart kan? sorry la. saya memang gila leopard!



ish ish ishhh.! awesomenya lah hai! 



ok ni je nak tunjuk. bye. assalamualaikum :D

Wednesday, May 9, 2012

splunking activity

hye! ha siapa dekat sini yang suka and gemar sangat melakukan splunking activity? ha jom jom boleh join! :)


MULTIRICH EXTREME RESOURCES mempunyai kepakaran dalam memberi anda peluang untuk menikmati aktiviti 'outdoor' seperti spelunking,caving,diving,tracking,climbing serta program-program berbentuk motivasi diri, team building, latihan dan sebagainya.

Program dengan konsep 'EDUCATIONAL ADVENTURE GUIDES' sangat sesuai untuk Badan Kerajaan, Swasta, IPTA, IPTS dan sekolah-sekolah. Program yang kami aturkan lebih berbentuk rekreasi yang santai tetapi akan memberi impak kepada peserta bergantung kepada kesesuaian objektif sesuatu program.










untuk sebarang pertanyaan boleh call : 0177196630 (Aty)

facebook : splunking