Thursday, October 24, 2013

BIASA BIASA

Hi Assalamualaikum :)


Lama dah aty tak publish dekat sini. actually banyak je yang aty tulis dekat blog. cuba tak ready untuk publish

Sebab untuk kedua kali dalam hidup aty, orang salah faham and perasan yang aty cakap pasal dia and tujukan dekat dia. hey come on. ingat penulisan aty dekat blog ni memang untuk dia? pergi tampar diri sendiri!

jadi untuk kali kedua blog aty kena bash dengan kaum kerabat dia. maaf, post tu pun aty dah delete. Tolong cari hidup sendir and jangan pernah wujud dalam hidup aty lagi.! Takpe aty tak kesah selagi tahu kebenaran diri sendiri. 

Aty dah cuba faham apa masalah dan dah maafkan dah orang berkenaan. jangan risau

Oleh itu, mungkin lepas ni aty akan update blog ni seperti biasa. nantikan puisi ke cerita baru dari aty okay? *macam ada yang tunggu je* haha.

okay bye! :)

Monday, May 20, 2013

pantang larang

Assalamualaikum Hi! lama tak menaip sini. rinduuuuu! *tiup habuk*

perginya satu kisah tak beerti lenyap yang lama
perginya satu kenangan tak bermaksud lesap
datangnya satu cerita, tak bermakna berubah
datangnya orang baru tak bermakna lupa yang lama
berubah tempat tak semestinya berubah segalanya

banyak sebenarnya. cuma nak cakap dekat sini, kenapa ramai orang sekarang suka judge orang dari luaran je? tolongla selidik dulu boleh? kita mana tahu siapa betul dan siapa salah kan?

pengalaman banyak mengajar maksud POSITIF. Ya Allah kalau tak fikir positif entah apa jadi sekarang ni

and lagi satu ni kenapa mesti ungkit cerita lama? kenapa mesti orang nak keluarkan perangai kita yang lama. yang mungkin buruk. yehh semua orang pun ada masa silam. tapi tak perlu nak bukak pekong semua kan?

konklusinya di sini, fikir sebelum bercakap, pastikan sebelum menuduh. okay? as simple as that!

Goodnight, bye, Assalamualaikum :)


Friday, November 2, 2012

november









Ahlan wasahlan november. 
tolong beri saya lebih kekuatan. 
bukalah hati saya untuk kebaikan.
 jauhilah saya dari keburukan. aminn..

inshaAllah :)



Tuesday, October 30, 2012

sebentar






apa yang kita mahu, tak semuanya dapat
apa yang kita ada tak selamanya kekal.
kembalilah kepada Allah dan minta kepadaNya
semoga kita hidup diatas keredhaan dan kerahmatannya..

Assalamualaikum



Saturday, October 27, 2012

pergi

hidupku suram. nyawaku ku seakan padam
separuh jiwaku pergi tak kembali
adakah ini petanda? tapi petanda apa?
aku sendiri keliru. keliru dengan jasad sendiri
diriku tidak dapat dikawal dengan perasaan
otak buntu. hatiku hancur.
aku mahu pergi. pergi jauh dari realiti
izinku aku mencari haluan sendiri
jangan kongkong. jangan halang. 
biarkan aku pergi
mereka tidak memerlukan aku. 
aku hanya jasad yang tidak berguna kepada semua
kadang dipandang seperti sampah
aku yakin dengan perasaan aku yang penipu ni
tidak terima kenyataan dunia
ye aku degil.
tapi aku ada SEBAB
biarlah. semua pergi! pergi tinggalkan aku. PERGI!!!!!!!


:'(